Hai sobat Paragram kali ini ada kisah menyeramkan nyata inih yang berjudul "ketemu hantu waktu mancing" kisah iini based on true story banget loh.
Kisah ini berasal dari akun Twitter @fiksyenshasha yang demen banget upload kisah-kisah horor nyata Indonesia, kayak apa kisahnya skuy kita simak bareng-bareng.
Ketemu hantu waktu mancing
Terasa nak kongsi pula cerita-cerita seram yang aku lalui. Sebenarnya memang banyak kisah seram yang aku lalui walaupun dalam keadaan usia masih muda.
Mungkin ini satu dugaan dan ujian dalam hidup aku. Kepada yang belum mengenali aku, nama aku Ridhwan, berumur 26 tahun.
Sebelum itu aku ingin menjawab sedikit kenapa aku berhenti bekerja tempoh hari dengan serta merta, sedangkan tempat tinggal dah disediakan dan boss pula baik hati....
Salah satu sebab aku berhenti bekerja tempoh hari kerana gangguan seakan berterusan dari hari pertama hingga hari kedua. Itu asal muasal ketemu hantu waktu mancing.
Dan satu sebab juga aku berhenti bekerja, aku telah menelepon ahli keluarga yang aku ada nampak makhluk tu. Jadi keluarga aku pun suruh cari tempat kerja lain.
Lagi pula tempat aku kerja tu sangat jauh dari tempat tinggal keluargaku. Sampai disini saja mengenai ini, sebab bukan ini yang nak aku ceritakan… Hahahaha..
Kali ini aku akan kongsikan cerita seram aku ketika memancing. Mungkin cerita ini kurang seram bagi sesetengah pembaca.
Cerita ini bermula pada tahun 2017, bulan dah tak ingat bila dalam bulan 3 atau 4, tapi yang pastinya kisah ini berlaku selepas aku berhenti bekerja.
Pada hujung minggu, kami bertiga iaitu aku, Hakim dan Azri telah bercadang untuk memancing petang di satu tempat yang dikatakan banyak ikan.
Persiapan alat memancing sudah tersedia semuanya dan hanya menunggu kawan lagi seorang iaitu Azri. Dalam jam 3 tu kami telah pun bersepakat untuk bergerak.
Tapi disebabkan Azri masa tu sakit perut, terpaksa lah juga kena tunggu. Tak lama lah juga nak kena tunggu, dalam 10 menit begitu Azri selesai dengan Hajat yang telah dilepaskan. Kami mulai bergerak dalam jam 4 disebabkan ada hal sedikit yang Azri buat selepas di buang hajat tu.
Dalam perjalanan tu aku bertanya kepada Azri dan Hakim.
Aku : Kita dah lambat ini, apa kata esok pagi je kita gerak pi memancing ?
Hakim dan Azri terus menjawab soalan yang aku soalkan ?
Hakim : Alah kau ini Wan (ini nama samaran aku dekat kampung dan di rumah, masa dekat kerja bengkel tu nama aku pendek) dah alang-alang menyeluk pekasam biarla sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang mandi tu biar sampai basah.
Azri : Betul tu, dah kita separuh jalan ini kan, lagi pun dah tak lama sampai dah pun tempat yang kita tuju ini.
Aku hanya mampu berdiam dan berkata yala.. dengan mereka berdua.
Paaaappppppppp !!!!! Bunyi dari bawa kereta kedengaran. Aku terus berhentikan kereta ke bahu jalan selepas dari jalan selekoh.
Sebab takut ada kenderaan lain dari arah belakang aku berhenti jauh di jalan yang lurus. Saat itu dalam perjalanan sebelum kisah ketemu hantu waktu mancing.